monolog.

March 22nd, 2012 Posted in life | No Comments »

dulu semua ada, dari a sampai z lengkap. tak perlu terhegeh mintak dibelas.

masa tu tak heran masa depan. ada duit beli, xde duit pun tetap beli *hutang.

skang dah takde. tengok orang lain hati jadi sayu, kecewa. sebab dah takde. nak adakan pun tak mampu.

solusinya mandi, pakai stoking, pegi jogging, balik, tido.

p/s : mencari yang pasti.

asal usul.

March 21st, 2012 Posted in life | No Comments »

haha aku kembali ke talian. ye kembali dari semalam, tapi hari ni mmg wtf sungguh! perut duk memusingkan segala tali pusat yang ada didalamnya sampai kecut dah saliran tersebut. kering segala air dalam badan dia nak buang! seyes aku tak leh handle! vavis sungguh.

Ramai mentanya kenapa aku pakai nick sejuk? haha sebab aku suka lepak tepi peti sejuk *hoho sumpah tipu! malas a nak jawab sebab dulu dah jawab tapi entry tu da lesap ngan blog lama. nak tulis aku malas *ok ni sumpah betul! haha.

So blog ciskek.com ni adalah blog yg keempat aku pakai. memula dulu aku pakai platform pemanduan blog *blogdrive. kendian blogdrive bapak naive.sampai nak edit code macam hamjad je aku tukau ke versi wordpress. jap2 aku usha kot2 ada screenshot blog2 lelama aku! *godek2 external hdisk!.

skang org gile blog mikro je *twitter la doh! oh ye aku ni dulu mmg malas nak beli domain sendiri. aku dok mengemis mintak tumpang hosting memember lain ekeke.

p/s : aku kat blogspot pun ada haha tapi malas nak bgtau, tu blog porno hahahaha *tipu la doh

Emo-an.

March 20th, 2012 Posted in life | No Comments »

mereka yang masih lagi bersama saya. *adik lelaki saya tiada dalam gambar. dating kot!

Aku ni terlalu la ramah, semua aku kawan, laki pempuan kucing kambing semua aku sapu, bagi aku kalau orang tu dah boleh selesa ngan aku ianya adalah satu kelebihan. Dulu aku suka sgt buat-buat kawan ngan orang yg pasif dengan harapan orang tu akan kembali ceria, dan sekarang aku cube buat kembali, sebabnya aku dah tak tau nak buat ape. Sejak aritu life aku dah mmg fixed! Semua dah macam ikut jadual, hari-hari buat rutin yang sama, kalau ada perubahan pun akibat cuaca, takde duit ataupun outstation. Selebihnya macam yg da aku tetapkan. Orang ckp aku takde life dan memaksa aku dapatkan life aku semula, bukan aku tak cuba tapi dengan keadaan sekarang ianya amat sukar. Korang pun mungkin perasan entri-entri aku kebelakangan ni semua berkait rapat dengan personal life aku. No more entri merepek seperti dulu.

Dulu masa ada arwah firdaus aku boleh la lepak-lepak luah perasaan kat dia, boring ke ape ke selalu ajak dia, seyes aku mmg nak nangis kalau fikir balik memori aku ngan dia, dorang ckp aku ngan dia da macam adik ngan abg even umur kami sama. Kami saling share apa saje. Sape ckp laki takde bff. Cume bezanya bff aku ni lebih dulu menghadap yang maha kuasa. Aku tak tau kat mane aku nak share segala cerita aku bila dia dah takde. Bila aku pendam aku sendiri yang sakit. Nak luah kat orang lain takut dicap mengade, kami selalu bergaduh, tak kira dari sekecik-kecik masalah kepada sebesar2 kes. Eksiden pun bersama-sama, hujan panas bersama, tayar pancit duk bawak flyover sama, gi dating sama2, n satu je kenangan dia kat aku skang hanyalah nombor telefon aku skang. Nombor kami sama, setiap angkanya sama, yg berbeza hanyalah kedudukan 2 angka,angka yang ke 8 dan ke 9.

Kenapa aku tulis semua ni sebab aku rasa sunyi, sunyi sebab mereka-mereka yang berkenaan dah tiada, kenangan aku juga dah tiada, dan nak melupakan semuanya adalah satu lagi cabaran yang hari-hari ada. So macamane?

p/s : hari2 asyik fikir bende yang sama, kalau aku buat sesuatu yang lain org ckp aku ni buang tebiat tak?

hati-hati

March 19th, 2012 Posted in life | No Comments »

Akhirnya dpt jugak aku up semula blog ni. Lama da xmenulis. Pendam dlm hati sampai hati pun dah tak mampu nak tampung. Banyak perubahan yang berlaku dalam diri dan hidup aku.

Mereka yang dulu aku jaga baik hati mereka lately kerap menyakitkan hati. Macam aku ni xde perasaan. Dorang susah baru cr aku. Dan most of the time aku mmg terasa. Takpelah jika mmg mcmtu yg dorang nak. Mungkin satu hari nanti baru dorang rindu kt aku. Bile janji Allah terlaksana.

Aku akui yg aku mmg sgt2 penat da skang. Lebih baik aku away, lebih baik bis bbm expired, lebih baik bill hp aku kene barred siap bateri flat seminggu dari mengharapkan sesuatu yg belum pasti orang akan hargai usaha aku. Kadang-kadang aku sendiri pun x tau ape salah aku sebenarnya. Bila tanye senyap. Sakitnya la hati mcmtu.

P/s : semoga hati masih kuat dan tabah!

yippi!

November 13th, 2010 Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Huhu lama dah aku tak berblog, abes bersawang blog aku ni. Patutlah sejuk je. Erm takde bnyk perubahan pun dalam diri aku cume skang ni aku life semakin tipikal. Balik keje, jogging, tido.

Aku dah kembali aktif di twitter, haha sape yang ada twitter tu meh2 la add aku;

http://twitter.com/sejuk

So skang aku nak move on, past is past. Putus cinta perkara biasa la. Kalau tak jadi sekarang mungkin jadi lebih terus. Cuma cara ianya dirawat je berbeza. Amik masa woo! gile ko nak luper camtu, tapi pasrah je la ekeke. Nasib aku baik sebab ramai kawan memahami situasi aku.


box office satu dunia tu!

p/s : sape single meh la bagi aku ngorat hehehe

Hennesy Artistry 2010

October 26th, 2010 Posted in Uncategorized | No Comments »

Seperti tahun lepas kali ni aku dijemput lagi untuk jadi photographer event ni! macam biasa mmg happening n havoc la, geng2 pgotog pun aku dah kenal so selamba redah je la kan. Thanks ijoy, nanti jgn lupe ajak lagi maner2 event ek :) . Jom layan antara gambar yg aku snap ni!

Nama event : Hennessy Artistry 2010
venue : Mines International Convention Center
Date : 23rd October 2010

photo

photo

photo

photo

p/s : More picture do visit my flickr or via my Facebook! stay tune and enjoy!

tamat sudah!

October 16th, 2010 Posted in Uncategorized | 3 Comments »

Yup tamat sudah! hampir 4 tahun dan 5 bulan kami bersama, namun semuanya dah tersurat. Raya pertama ritu kami putus! nak buat camne, orang kate takde jodoh. Ape pun hidup perlu diteruskan. Betul jugak kate orang kawan jangan lama-lama sebab risiko dia pun semakin meningkat!

Kepada yang tersebut kalau baca entri ni saya just nak ucapkan terima kasih atas semua layanan, kasih sayang, pengajaran, sikap ambil berat selama kite bersama. mungkin dah ditakdirkan kita takkan bersama walaupun semuanya kita dan rancang. Whatever u do buatlah yang terbaik. Ya saya admit selama kita bersama saya seringkali tidak dapat memenuhi permintaan2 awak. Adakalanya kite bergaduh melampau2 dan saya juga admit awaklah yang terbaik bagi saya. semoga sukses n berbahagia dengan hidup baru!

p/s : sayang dan cinta tak berguna jika tidak ditunjukkan.

Ucapan Raya 2010

September 8th, 2010 Posted in Uncategorized | No Comments »

haha cara baru nak menyampaikan ucapan hari raya! moh kite tgk, selamat hari raya semua!

Penyokong Pasukan Sayur Italy meh la komen!

June 25th, 2010 Posted in Uncategorized | 8 Comments »

Aku suke harini, sebab Korea selatan dan Jepun layak ke pusingan kedua walaupun bakal berdepan dengan lawan yang lebih kuat, England juga layak walaupun goyah, Tetapi kekalahan Italy Juara 2006 amatlah sgt dinanti2 oleh mereka yang tak menyokong Italy, Bagi segelintir penyokong mereka apabila italy hanya mampu seri dengan New Zealand ianya seaakan petanda bahawa pasukan mereka bakal pulang awal. Apepun Worldcup kali ini mmg banyak kejutan. Dah macam Akademi Fantasia la pulak!

one word!

June 18th, 2010 Posted in Uncategorized | 2 Comments »

Satu perkataan selepas menontot perlawanan England vs Algeria : kecewa!!!
Macam Malaysia main je. Eyh silap!! Malaysia pun power. England main macam indon! tak best langsung. Semua nak nama, bolot bola, gentel pastu sepak kelaut. Apepun last game ni England kene menang dah bergantung harap pada result team lain. Padan muka ko England! Padan muka aku jugak sebab sokong England!

p/s : aku ada lagi 2 team, Holland dan Korea Selatan!

.